LOGIN MASUK

PAUTAN PASUKAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

14 MD

 

15 MD

 

16 MD

 

17 MD

 

18 MD

 

19 MD

 

20 MD

 

21 MD

 

22 MD

 

23 MD

 

24 MD

 

25 MD

 


 

BATALION KE-25

SEJARAH PENUBUHAN BATALION

Sejarah penubuhan Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja bermula pada tahun 1960. Pada ketika itu, batalion dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) yang bertempat di Alor Setar, Kedah dan Bukit Keteri, Perlis. Pada tahun 1964, pasukan telah dikerah sepenuh masa sebagai Batalion Infantri iaitu pasukan tempur sehingga tahun 1967.

Setelah itu, batalion sekali lagi dikerah sepenuh masa buat kali kedua disebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Pada ketika itu, batalion dikenali sebagai 13 MTA iaitu askar simpanan dan di tempatkan di Kem Batu Uban, Pulau Pinang.

Pada 1 Mac 1979 pasukan ini secara rasminya diserap menjadi warga RAMD dan dikenali sebagai Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja. Acara perasmian penubuhan batalion telah dilakukan di Stadium KEMENTAH, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1979. Tarikh tersebut diambil bersempena dengan Hari Ulangtahun Tentera Darat yang Ke-46.

 

COGANKATA PASUKAN

Sentiasa Sedia adalah cogankata yang digunakan oleh warga Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja. Cogankata ini membawa erti yang mendalam mengambarkan betapa tingginya semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan. Kesediaan penting bagi menghadapi sebarang anasir musuh yang boleh mengganggu gugat negara tercinta. Biarpun ribut melanda, bumi bergegar sekuat manapun pasukan sentiasa sedia digerakan pada bila-bila masa apabila diperlukan. Hal ini menunjukkan betapa taat dan setianya anggota untuk menghadapi musuh, apatah lagi untuk berundur. Berpantang maut sebelum ajal.

 

WARNA PASUKAN

 

SENTIASA SEDIA

 

Warna memberi maksud yang mendalam dalam kehidupan seharian manusia. Begitu juga dengan warna yang dipilih oleh Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja yang mempunyai maknanya yang tersendiri. Warna merah membawa pengertian tentang keberanian setiap anggota di dalam batalion. Kuning pula membawa pengertian Kedaulatan Raja-Raja di negara ini sentiasa dihormati dan hijau membawa pengertian bahawa setiap anggota batalion menganut agama Islam.

 

Ayam Sabung

 

MASKOT

Ayam sabung merupakan maskot utama bagi pasukan ini. Pemilihan ayam sabung sebagai maskot adalah kerana simbol ayam sabung merupakan seekor binatang yang bersifat berani melawan musuhnya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Selain itu, mempunyai ketangkasan bersesuaian dengan lirik dalam Lagu Pasukan ”Sentiasa Sedia” iaitu tangkas ke mana sahaja.

 

RAGAAN BATALION

 

 

'KAPAL PERANG MERAK'

 

Ragaan utama memainkan peranan yang penting dalam menceritakan semangat juang sebenar anggota batalion ini. Perkara subjektif seperti semangat, kesungguhan dan kerjasama sukar digambarkan dengan perkataan dan penulisan. Maka dengan adanya ”Replika Kapal Layar Perang Tembaga” menceritakan bagaimana sebuah kapal yang sedang berlayar di lautan bergelora sebagai ragaan utama memberi suatu gambaran yang simbolik.

Ukiran Burung Merak bersama peralatan kelengkapan perang melambangkan sebagai batalion, manakala muatannya sebagai anggota yang berjuang. Kapal layar ini juga diertikan sebagai sebuah pasukan yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan walaupun rintangan yang mendatang. Tatkala kapal layar ini mengharungi lautan bergelora, tetap berlayar dengan tenang tanpa terumbang ambing.

Hal Ini mencerminkan kebijaksanaan, kebolehan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap anggota dalam mengawal serta mengemudi dalam pelayaran menuju ke destinasinya. Sebuah kapal yang sempurna mestilah mempunyai seorang nakhoda iaitu seorang Pegawai Memerintah yang bijaksana, berkepimpinan dan berpengetahuan yang tinggi bagi mengemudikannya.

Di samping itu, memerlukan kesetiaan, kerjasama, siap-sedia dan sanggup berkorban oleh setiap anak kapal. Semua anak kapal semestinya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang cuaca buruk bersesuaian dengan cogan kata pasukan iaitu ‘Sentiasa Sedia’. Ciri-ciri tersebut diibaratkan sama seperti pasukan ini yang menjadi kebanggaan setiap warga pasukan.

 

PEGAWAI MEMERINTAH

 

Pegawai Memerintah yang Pertama

Semenjak pasukan ini ditubuhkan pada 1 Mac 1979 seramai 16 Pegawai Memerintah telah berkhidmat di Batalion ini. Lt Kol Mohamad bin Osman (12304) merupakan Pegawai Memerintah yang pertama dari 1 Jan 1979 hingga 31 Dis 1980. Kesemua Pegawai Memerintah telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menerajui pasukan bagi menyempurnakan wawasan pasukan dan melengkapkan segala misi yang diberi.

     

Barisan Pegawai Memerintah 25 RAMD (1979-2013)

 

SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR)

Seramai 15 orang pernah menjawat jawatan sebagai SMR di Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja. Sepanjang penubuhnya 14342 PW I Alimat bin Kusan merupakan SMR yang pertama dari 3 Mac 1979 hingga 1 Jan 1980.

PENEMPATAN PASUKAN

 

 Kem Bentong, Pahang

 

Semenjak penubuhan pasukan ini, pasukan telah dipindahkan sebanyak empat kali. Di awal penubuhannya, pasukan ini ditempatkan di Kem Ramilies, Ipoh dari 1 Mac 1979 hingga 14 Okt 1982. Setelah itu, pasukan dipindahkan ke Kem Tapah dan ditempatkan di situ selama 12 tahun iaitu dari 15 Okt 1982 hingga 10 Nov 1994. Pada 11 Nov 1994, pasukan sekali lagi dipindakan iaitu ke Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak. Setelah 3 tahun berada di sana, akhirnya pada 14 Dis 1997, Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja telah ditempatkan ke Kem Bentong, Pahang sehingga sekarang.

SUMBANGAN

 

 Operasi di Gubir, Kedah

 

Pelbagai operasi dan latihan telah dijalankan oleh batalion ini sejak penubuhannya. Diantaranya melibatkan pertempuran yang meragut nyawa anggota mahupun musuh. Kejayaan Operasi Kota ECHO/FOXTROT di Grik/Belum, Perak bermula 7 Jan 1984 hingga 7 Mac 1984 yang diketuai oleh Lt Kol Sulaiman bin Yusuf (410093) yang menyaksikan kejayaan pasukan membunuh seorang pengganas komunis. Manakala semasa menjalani Operasi Kota ECHO di Klian Intan, Perak pada 3 Nov 1984 hingga 3 Jan 1985. Pasukan sekali lagi berjaya membunuh seorang pengganas komunis.

Pasukan juga berjaya menjumpai senjata pengganas komunis sebanyak 3 jenis senjata iaitu 1 laras pistol (Point 32), 1 laras senapang (Point 22) dan 1 laras Colt M16 semasa menjalani Operasi BERSIH 2 pada 10 Jan 1991 hingga 10 Feb 1991 di kawasan Kerunai/Taiping/Lenggong, Perak yang diketuai oleh Lt Kol Abdul Manaf bin Saat.

Setelah negara bebas dari pengganas komunis, pa sukan lebih menumpukan skop operasi menangkap dan menahan pendatang tanpa izin. Hal ini dapat dilihat dengan kejayaan pasukan menahan 1063 orang pendatang tanpa izin (PATI) dalam Operasi Merpati I dan II Siri 4/99 di sekitar persisiran pantai Negeri Johor pada tahun 1999.

 Latihan bersama Tentera Australia Military

 

Terdapat banyak latihan yang telah dijalankan oleh pasukan, termasuk latihan yang dijalankan bersama tentera negara luar. Diantara negara yang terlibat adalah New Zealand, Australia dan Amerika. Manakala Ex KRIS MERE menyaksikan latihan bersama pasukan dengan tentera New Zealand yang dijalankan di negara New Zealand pada 15 Jul 1987 hingga 20 Jul 1985 dengan kekuatan 1 kompeni. Manakala Ex HARINGGARU adalah latihan kerjasama yang dijalankan bersama dengan tentera Australia dengan penglibatan kekuatan satu batalion yang bertempat di Sri Aman, Sarawak pada 16 Mei 1996 hingga 23 Mei 1996. Ex Keris Strike pula menyaksikan kerjasama pasukan bersama tentera Amerika di Kem Sungai Buluh, Selangor pada 13 Jul 2007 hingga 26 Jul 2007.

Sepanjang penubuhannya, pasukan telah banyak melakar sejarah dan kenangan kepada anggota dan negara, bagi merealisasikan kehendak perkhidmatan dalam menabur bakti demi maruah bangsa, agama dan negara yang tercinta.

LAGU PASUKAN

 

SENTIASA SEDIA

 

Walau Di mana Kami Berada
Di Bandar Hutan Rimbaraya
Demi Ugama, Nusa dan Bangsa
Berjuang Bersemangat Waja.

 

Wahai Perwira Tugasmu Utama
Relakanlah Semua
Dua Puluh Lima Askar Melayu DiRaja
Sentiasa Sedia.

 

Wira Cemerlang Gagah Perkasa
Tangkas Kemana Sahaja
Kepada Allah Kami Berdoa
Berjaya Tetap Berjaya.

 

 

HARI INI

SELASA, 16 SEPTEMBER 2014
17:26:56

STATISTIK

0713208
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
51
761
1321
207702
11095
21378
713208

Your IP: 54.80.121.186
Server Time: 2014-09-17 01:26:56

 

Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Penafian|Notis Hak Cipta|Alih Bahasa
Jabatan Arah Infantri, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur Tel:(60)3-20712211/(60)320713562 Faks:(60)3-36933681 email: admin@ramd.mil.my
Paparan Terbaik:1024x768 piksel menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozila Firefox ke atas Hakcipta@Terpelihara 2012 Tentera Darat Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara